"Dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.'"
[at-Taubah, 9:105]

Tuesday, December 21, 2010

Want To Know Something.

Dah lame r aku kena jawab tagged yang rummates aku bagi bahawasanya aku kena tulis 25 a good and bad things about me. Hmmm dah duduk sebilik tak kan tak tahu kot Cik Teh oiii. Teh lipton memang boleh, iklan iklan Bahaha! Anyway, sebelum aku nak start balik aktiviti aku dengan melayan movies, baik aku bantai je tulis. Tapi macam banyak sangat r pulak.

So, terjah :

1.Memandangkan sekarang aku tengah semester break, then ia akan mempengaruhi kadar kelewatan aku untuk bangun keesokan harinya :p biasalah cuti tidur lambat bangun pun lambat an.


2.Dan aku sangat payah nak bangun untuk solat subuh nasib baik tengah semester break so di rumah ayah akan kejutkan aku sampai aku bangun hanya hari sabtu dan ahad yang hari lain emak r yang kejutkan 'ko dah besar dah'  kalau kat hostel ? Ishhh kena buat sesuatu nih.


3.Aku nih kalau dah tido bom letup pun tak bangun bak kata rummates aku r. Ok aku memang tido mati, sebab uh kalau set jam hp lagu mesti yang hardcore punya baru macam boleh bangun, macam r.


4.Tapi kalau time study week, gua bangun agak cepat ooo. Study punya pasal.


5.Dulu kalau tido mesti tak tutup lampu, sebab bila aku tutup lampu then aku mula pikir yang bukan-bukan bende yang scary sebab uh tak dapat tido. Tapi sekarang gua dah boleh tido dalam gelap sebab rummates gua yang biasakan gua tido dalam gelap. Tapi tapi kalau die tak de gua buka satu lampu je, haha.


6.Aku tak suka tengok mende-mende yang bersepah-sepah then aku akan jadi serabut bukan sabut kelapa. Sebab uh bilik aku sentiasa kemas, eh yeke? :p


7.Aku suka sangat berangan nak dapat pakwe macam Ronald Weasley, Draco Malfoy, Jacob, tak pun Edmund muhahaha so, sukahati akulah suka nak berangan i wish i can see them infront of my eyes XD


8.Aku bukan lah genius sangat macam akak-akak aku yang dapat further their studies dekat US ooo, alaa dekat UM pun standard jugak :p nak sangat belaja kat overthesea, boleh main salji kalau time winter pakai sweater yang bulu-bulu uh pakai coat macam dalam cite korea and jepun dengan boot yang comel tengok berangan lagi :p


9.Aku nih seorang yang sangat nakal macam aku suka buat bende yang aku suka buat padahal orang lain ? sebab uh asyik tak dapat dean list je, ade kaitan ke ?


10.Bila aku nak kan sesuatu dari ayah aku, barulah aku akan jadi skematik mean study gila-gila sebab nak dapat pointer yang baik punya macam televisyen and handphone :) Arigatou-ne otoosan.


11.Aku suka study last-last minute, then result pun macam %&*^$#% tapi still 3.lebih lebih tapi tak r sampai dapat dean list. Asyik leka tengok tv dalam bilik. Kena buat anjakan paradigma nih. Takkan nak hantar tv uh kat rumah kot, boleh jadi gila aku dalam hostel nanti :p


12.Weh dulu aku layan novel dengan komik, tapi sekarang dah tak layan r sebab dengan bace novel r aku suka sangat berangan sampai sekarang, kalau dalam novel standard r watak laki mesti kena yang hensem je keje pangkat tinggi anak datuk cuba rr buat yang keje kilang ke an :p then watak pompuan mesti kulit nak putih gebu hanya dengan secalit gincu di bibir sudah terserlah kecantikannye, arghh what the fooo ;p


13. Dulu aku bukan seorang yang pelatah, tapi sekarang i am really so melatah ini semua gara-gara my lovely rummates. Hahaha, gaya die melatah ade style doh dan ia akan buat aku tersengih tak pun gelak. Oh tolong lah aku melatah sikit-sikit je :p


14.Aku tak suka lelaki yang perasan hensem dan bajet macho macam Akim Af korang kenal tak? Eeee, mesti korang tengok iklan die an alaaa yang aiskrim uh saye suke awak. Hah, tolong r! Nak je aku cakap ko ingat ko hensem buat rambut macam uh tiru gaya jepun korea pulak, please r! Ade kaitan ke?

Adoii penat dah tulis nih.

15.Aku tak begitu bagus dalam english, so hanye dengan menonton english movie tak pun j-drama k-drama dorang ade english subtitles ok akan dapat improved kan english aku. Dictionary mesti ade dekat sebelah aku time menonton :p


16.Aku tak suka tengok cite seram tapi hati nak tengok jugak :p


17.Dan aku tak suka berambut panjang bukan kerana rimas atau tak reti jaga tetapi hantu-hantu wajib kena rambut panjang an, akibat menonton cite seram lah ni. Dan cite suami isteri bergaduh mesti si suami akan tarik rambut si isteri, dan aku akan cakap 'tulah rambut panjang lagi' hahaha.


18.Aku kalau dengar mp3 volume kalau boleh sampai gegendang telinga pecah, dan sebab tulah sekarang sumthing wrong about my hearing. Adehhh.

Dah tak ade bende nak tulis.

19.Aku suka makan banyak-banyak, dan aku agak bernasib baik sebab kadar metabolism dalam badan aku agak tinggi so, memang tak kisahlah aku nak makan sampai pecah perot ke an :p


20.K-pop J-pop C-pop Lover! Hoyehhhhh!


21.Korang kat rumah mesti ade bilik stor tak? Then, kenapa aku tanye sebab aku suka sangat bau bilik stor, macam addicted pulak an.


22.Aku seorang yang ? Korang kenali r aku dulu baru tahu, kahkahkah. Ayat cannot go ok :p


23.Dulu manggie menjadi teman sehidup ku alaaa biasa lah student tetapi memandangkan ia akan killed me in silent mode then, i'd stopped and did avoid my stomach from it. Tapi kalau stok makanan lain dah tak de, maggie jugak aku layan :p


24.Aku tak suke pakai high heels or wedges or glidator, itu sangat menyeksakan dan bukan seksi tapi aku suke tengok orang pakai :p Feminim habis. Phewittt!


25.Aku seorang teenagers yang bakal melangkah ke alam 20 an pada 6.10.2011 tapi sekarang masih 19tahun, selalu berkepit dengan speck die kalau terasa nak pakai lens die pakai r dan sedang belaja. Dan aku rase aku seorang budak yang terkepit menumpang dalam tubuh badan berusia 19tahun.

That Is So Me :p
ape yang aku merepek nih.

p/s : jom movies. copps before that aku nak suruh orang lain pulak tulis mende nih. Hahaha.

Salam. :)
Thank You for Reading and Liking =)

8 comments:

deenz said...

lame tak pegi blog ko...hahaha
aku bace gune reader je so x dpt nak comment...

comment gua...ape yag ko ngarut ni atun! LOL

selamat bercuti

rabiatulpaid. said...

muhahaha.
masa untuk mengarut bro.
cuti cuti i loike :p

MIMI RAHMAN said...

aku suka yg nombor 21! kita serupa :D

rabiatulpaid. said...

OMGee,biasalah :D

aDik said...

wah, kak atul, memg sempoi!! luv you <3

rabiatulpaid. said...

muhaha.
luv atin, my cutiessst kazen <3

dell said...

aku suke 17.. hahaha.. terbaik la.. x pernah plak aku terfikir camtu

rabiatulpaid. said...

dell hahaha.