"Dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.'"
[at-Taubah, 9:105]

Wednesday, February 09, 2011

Contest Senyum Tak Nampak Gigi.

1 nampak GIGI.

Bangun pagi-pagi tolong mak aku buat kerja rumah *basuh baju, sidai baju, susun pinggan yang dah basuh, kemas baju yang mak dah lipat* Rajin ok, yelah mesti kena tolong lah kan. Adek balik dari Ko-ko masak nuggets >.< die sekolah sesi petang biasa r adek bongsu manja dan nakal.

Nanti dah balik U, dah start clinical posting memang payah nak balik rumah tiap-tiap minggu. Memang sampai berbulan-bulan tak dapat nak balik. Yelah posting sampai 14 minggu! Arghhh, tak suka ok!
Dah ada kat rumah ni tolong r apa yang patut, ye tak.

2 nampak GIGI lagi

Ok ok. berbalik ke title yang di tulis 'CONTEST SENYUM TAK NAMPAK GIGI' lepas aku dah siap kesemua kerja, macam biasa lahh terus on lappy. Buka blog tengok-tengok di tagged dalam contest tersebut oleh
Cikk Ana :) yang telah di anjurkan oleh Cikk Muas :)

Nama aku dengan cikk muas di belakang sama ok tapi dia ade 'double y' adawiyyah - dan aku adawiyah. Nama depan tak sama pulak. HEHE. Untuk pertama kalinya aku 'tergerak' nak join contest ni, yelah dah kena tagged :p Then, selongkar balik segala folder dalam lappy kecik nih.

Selongkar punya selongkar dapat lah jugak, Hehe jangan marah haa aku letak photo banyak-banyak. Tersuka pulak :p Disebabkan tak lama lagi Maher Zain akan mengadakan konsert beliau 25 & 26 feb di Stadium Malawati, Shah Alam hye korang tahu kan, kan kan? Dan aku bakal pergi, InshaAllah >.<

Maka aku telah memilih gambar aku bersama Maher Zain suatu ketika dulu *poster je =.=*
untuk contest ni. Sukran sukran kepada Cikk Muas kerana telah mengadakan contest yang menarik nih ^.^
dan terimas kepada Cikk Ana jugak yang telah tagged aku, hee.


Ok sekarang adalah tugas aku untuk menge'tag' 5 orang lain, ngeee.

dan adalah KAMU yang MEMBACA #.#

p/s : ok, nak mandi n solat. Jom solat, hee.

Salam. :) 
Thank You for Reading and Liking =)