"Dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.'"
[at-Taubah, 9:105]

Monday, February 07, 2011

3 Hari 2 Malam : Final Part.

Hari ini hari isnin, diharap bagi sesiapa yang sudah kembali ke U masing-masing kena bangun pagi-pagi dan menghadirkan diri ke kelas, harap bersabar ye. Bagi yang berkerja selamat berkerja, kihkihkih. Aku disini yakni berada di rumah tercinta masih bersuka ria menghabiskan cuti sampai 13feb. Oh sungguh syok!

Disebabkan kulit aku mengalami sunburn dan kini tengah proses bersalin kulit untuk yang keberapa kali aku pun tak tahu macam ular pulak, aku hanye mendiamkan diri merehatkan diri di rumah sahaja, melayari internet, tengok match bola yang hampir tergendala disebabkan kat hostel tak ade astro, makan selagi boleh makan, nanti kat hostel asyik-asyik nasi berlaukkan sardin je hampir tiap-tiap hari weh, jenuh den makan.

Ok ok, aku nak ucap terima kasih arigatou thank you kamsahanida chare chare sebab sudi bace entri aku pasal 3 hari 2 malam yang sampai banyak gile punye part. Kahkahkah, itu sebab aku nak redeem balik ape yang aku tak dapat nak update selama mana aku berada di hostel.

Meh sini nak cite final part nye, ce cite ce cite :p


Pagi-pagi dah bangun sekitar 6.00am untuk bersiap-siap balik takut nanti terlepas 'bus sihat'.
Tiket bus kuantan-kl 11.00am
Lepas mengambil keropok lekor yang di tempah *sedap oo*, kiteorang menunggu di pondok menunggu bas.
Macam-macam perasaan maki hamun teettt, di sebabkan bus sihat tidak muncul-muncul.
Hampir 2jam kiteorang menunggu bus.  Sangat tragis, sampai kene buat muka tak tahu malu tahan setiap kereta van lalu lalang semata-mata tak tertinggal bus untuk ke kl.
*aku rase hari uh hari sedunia mat rempit kot, memanjang ade je dorang on the road*
Ada jugaklah hambe Allah yag mengangkat tangan kat kiteorang sebagai kata maaf tak dapat nak tumpangkan. Kalau nak pikir balik, lantak r orang nak cakap ape, janji aku sampai.

Tepat 9.30 bus seangkatan sihat sampai, dah macam sardin aku tengok bus uh. Lantak lah selagi boleh sumbat aku masuk je. Thank you pakcik dreba bus sebab bawak laju, akhirnya kami sampai jugak di terminal makmur.

bus plusliner yang sejuk.
motif : sebab dapat seat tingkat atas dan depan sekali, maka terciptalah aksi sedemikian.
peace no war
our monsoon trip'11 end here.

p/s : gua selamat sampai di rumah jam 6.00 petang, dalam ktm gua dapat seat gua lena :p

Salam. :)
Thank You for Reading and Liking =)

4 comments:

JMR said...

uisk...tetiba aku rindu zaman2 studi luh..aisey..

rabiatulpaid said...

ilex bro
xp

farzana razak said...

aku suka gambar yg bwh skali tu.cool!
haha.buat mcm bas sndri ;)

rabiatulpaid said...

own the bus :p