Assalamualaikum korang, tak jawab dosa
Ini lah dia,kami berempat sudah planned untuk mendaki sampai ke puncak Gunung Dato. Tak jauh pun dari kampung aku hanya 10 minit je dengan menaiki kereta. Lepas solat subuh aku tidur balik,hihi then breakfast Maklong Nurul and Man beli roti canai then makan roti canai sambil layan program korea Heroes sambil gelak-gelak. Oh aku tidur rumah wan induk aku bukan rumah wan aku yelah sampai pun dalam pukul berapa an so rumah wan induk kami landing.
Dalam kol 9 lebih gerak,sampai-sampai je kena parked kereta kat bawah terpaksa lah kami menapak sampai ke atas sebab kat atas dorang tengah bersih-bersih under nestle program.Oh sangat ramai hari tuh yang mendaki budak sekolah and budak uni. HAHA,siap ada reporter sebab KJ pun ada. Tetibe aku boleh cakap eh Khalid Jamlus,alaa asalkan KJ jugak depan dia.Gomenasai.
menapak dengan penuh semangat
KJ kuar surat khabar ok, membersihkan gunung dato
Aku tak tahu pulak nak daki pun kena bayar RM5/head. Pukul 10.15 kami memulakan perjalanan. Oh,tercungap-cungap nak panjat. Makin lama makin meninggi, HAHA baru 10minit jalan rehat sampai 15minit. Tangkap-tangkap gambar. Nampak orang tanya lama lagi tak bro? jawapannya semua sama lagi 30minit,selamat berjaya. Aah yelah lagi 30minit.
Yaa Alhamdulillah pukul 1.00 kami berjaya sampai ke puncaknyaaa. Nak nampak lagi menarik pemandangan perlulah mendaki batu-batu besar,ok aku gayat =,=
SubhanaAllah,sangat indah. Berbaloi panjat batu besar
NAK LAGI LAGI BEST, kena panjat lagi batu diatasnya. Tapi cukuplah bagi aku untuk takat ini sahaja,sebab tengok budak uni yang lain turun sangat menyeramkan =,=
Yaa kak yam sangat berani
sementara dorang di atas, aku and maklong nurul dibawah
Pukul 2 lebih bergerak turun, yaaa sangat gayat masa nak turun tangga =,= Allah jelah yang tahu macam mana. Sampai dibawah pukul 3.50 so rushing balik sebab tak solat zuhur lagi, Alhamdulillah sempat. Sampai mengigil seluruh kaki aku,gagah gagah.
bongekcrew's : man,aku,maklongnurul,kakyam
p/s : ok,result dah kua. Praise Be To Allah c:
Till Then.
Thank You for Reading and Liking =)
No comments:
Post a Comment