Assalamualaikum GF and BFHari ni tetiba nak cerita pasal hostel,kihkihkih rindu agaknya :p
ANJUNG PUTERI aka Ap
As a new student yang tak tahu apa-apa you got nothings, so yeah yeah happy dapat masuk University Malaya Medical Centre, damn-it =,= Dorang suruh buat itu ikut buat ni ikut,aisehhmaannnn freshie la katakan. Nahhh,as orientation week started baru kau tahu,serve your right ! At the beginning the rules and regulations tak dalah ketat sangat pun,curfew pukul 10.30. Tak berani nak keluar malam,takut balik lambat. Kalau nak keluar jugak,tuh pagi-pagi dah bangun. Tapi pernah sekali je aku langgar gara-gara pergi genting dengan bongekcrew's HAHA esoknya tuh dapat surat =,=
Anjung Puteri adalah tempat untuk junior-junior yang baru masuk, ada jugak senior aku pun tak tahulah macam mana dorang boleh dapat duduk kat Ap. Memang standard satu bilik 2 orang duduk. Katil single dan siap ada beranda sekali,kalau tension-tension duduk lepak kat beranda. Bilik air dekat luar,kalau malam-malam memang takut lah nak pergi.Then,kena set pukul berapa nak pergi mandi yelah kongsi ramai-ramai leceh kot. Perkhidmatan lift memang disediakan, tak payahlah nak naik tangga sangat sampai tingkat 4, guna lift sahaja. Kalau nak tengok tv silalah ke bilik tv dibawah siap ada air-cond sekali. Dan time tuh tengah hangat cerita Nur Kasih,memang setiap hari jumaat malam aku turun awal kot nak cop tempat. Kejiranan dengan penghuni tingkat 4 sangat kukuh sekali ye,makan bersama-sama time weekend. Masak tomyam bersama-sama urmmmm sedapnyaa kalau ingat balik.
Time nih aku skema lagi tak bawak barang terlarang macam rice cooker,kihkih. Peti sejuk pun disediakan tapi sudah kena rampas semuanya,hmmm.Kalau time exam,sampai pukul 2 3 pagi study sama-sama sampai aku pun tertidur bilik dorang. Setelah tamat tahun pertama sem 1 dan sem 2 memang adat kena tukar bilik dan wajib kosong kan bilik untuk bagi junior baru duduk pulak.Store-store dibuka untuk simpan barang. Tapi aku tak simpan barang-barang aku dekat store sebab takut hilang, aku angkut semua bawak balik =,=
beranda dapat tengok twins tower tutup lampu
kawasan ap,tapi sekarang gate tuh dah tutup 24jam,bilik pak guard tuh yang cermin tuh dah kosong sebab dah tukar tempat.
BLOK EN
EN asrama yang paling lama dah kelihatan agak buruk ye jugak menyeramkan =,= tak ada lift setiap hari tercungap-cungap naik sampai tingkat atas sekali. Katil double-decker tapi yang bestnya ada bilik air,tak payah nak takut-takut dah. Walaupun terpaksa berkongsi dengan jiran sebelah akak senior course lain. Kadang-kadang agak geram jugak bila jiran sebelah mandi sampai 2 jam =,= sampai terlelap tunggu. Nak buat macam mana dah hidup berkongsi kena sabar.HAHA. Kalau malas nak turun bawah pergi basuh baju, basuh dalam bilik air pun boleh.
Kadang-kadang bekalan air tak sampai kalau guna pada waktu kemuncak macam kalau tengah minggu kuliah pukul 7 macam tuh mesti air tak keluar =,= so kena pandai-pandai lah adjust bangun pukul berapa. Kalau tengah bohsan-bohsan study boleh lah usha kacau doktor-doktor yang parked kereta tapi rummate aku yang selalu buat,HAHA. Dan sekarang sudah tamat tahun 2 sem 3 dan sem 4 macam biasa kena kosongkan bilik,tapi kali nih aku berani mati simpan barang aku dekat store tak adalah banyak just satu kotak dengan beg satu,tapi memang penat lah nak angkut barang sampai dekat store kat ap =,=
Bila dah lama duduk dekat EN macam best pulak, tapi peraturan dah semakin ketat kena hantar buku kuning pulak bila nak keluar macam budak sekolah asrama =,= Lagi sekali dapat surat sebab tak tutup kipas,HAHA. Time nih dah tak skema dah,nak jimat punya pasal so bawak rice cooker nasib baik tak pernah kantoi walaupun bilik asyik kena attack je. Pandai cover pandai cover :p
Tahun 3,tak tahulah tercampak dekat mana. Tengoklah nanti,tapi nak sangat blok EN sebab ada bilik air dalam bilik :)
Keadaan bilik time awal-awal dulu masuk.
Pada hari yang sama kemaskemas still bersepah lagi,awal lagi relax dulu,heh.
Bila dah lama duduk,bersama-sama dengan amoi chantek aka my rummate share duit beli itu beli ini hanya kerana bilik.
yeahh tiraiiii,oh bilik air belah kiri
p/s : secret garden epi.6 jom >.<
Till Then.
Thank You for Reading and Liking =)
No comments:
Post a Comment