"Dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.'"
[at-Taubah, 9:105]

Wednesday, June 29, 2011

Losing My Mind.

Assalamualaikum

Terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat menyambut isra' mikraj :) May Allah blessed you all,Ameen.
Memandangkan isra' mikraj Negeri Sembilan cuti kan, aku memang lah tengah semester break. Lepas solat subuh tidur balik,memang biasa macam tuh :p tetibe hujan memanjang memang lagi sedap lah aku tidur sampai pukul 11 lebih tuh nasib baik mak long aku called cakap dia dah gerak memang kelam kabut bangun gosok baju mandi tolong mak aku jap gantung frame.

Oh yeah memang kitaorang dah planned nak tengok wayang, sebab si kazen aku yang tahap jiwang lebih nih nak tengok 3,2,1 Cinta *man aku mentioned nama kaw :p So,pergilah jemput dia kat kajang solat zuhur dulu then heading to Alamanda,Putrajaya dekat jo guna shortcut. Memang tiket Transformers habis doh licin macam pinggan lepas aku makan :p siap buat announcement lagi. Boleh lah jugak layan cerita tuh,ada lah jugak gelak tapi part yang paling aku gelak tahap ngebangnya part last-last cerita tuh nak habis bapuk sengau ngorat Farid Kamil,HAHA.

yaa,we're the first comer

Sementara nak menunggu Kak Yam habis kerja 4.30 so pergilah usha-usha t-shirt sebab maklong gua nak pakaikan. Niat di hati memang tak nak shopping pun,hmmm tapi hawa nafsu lebih menguasai diri gua yang lemah nih. Hambek kau 2 t-shirt =,= Pastu masing-masing memang perut tengah lapar mana taknya tak makan pape pun dari pagi tadi aku sempat lah jugak sumbet karipap.

Jom Kenny Rogers Roasters.

Kak Yam,Maklong Nurul,Man
pilih-pilih tapi bukan saya bayar ye.
makan memang sodap
makan dalam sampan kaca,sodap ohh pandai aku pilih :p

Lagi sekali gua tewas dengan hawa nafsu beli inner style baru erkk style baru ? dan beg kecik.
Masuk reject shop terpampang baju,bola,tali tag segalanya untuk Liverpool damn-it Taulah Liverpool nak datang Malaysia nanti. Kalau boleh memang gua nak beli semua tapi teringin pulak dengan tali tag dia,tengok harga =,= RM23.90 Ya Allah pahal mahal sangat ni. Tahan tahan,yes gua berjaya untuk tidak beli.

  • Tiket wayang - rm7.00
  • 2 t-shirt - rm50.80
  • makan - rm22.00
  • 2 inner - rm37.00
  • beg kecik - rm7.00
  • TOTAL - RM123.80
Ya Allah,habis kat situ je elaun KOHIEB aku yang baru dapat ingat nak simpan dalam bank =,=

Yeahh, Optimus Prime my scandal. Movie tengah howt.

p/s : Harimau Malaya menang.

Till Then.
Thank You for Reading and Liking =)

Monday, June 27, 2011

I'm Proud To Be One Of Them.

Assalamualaikum

24.06.2011,Rembau - The day I've arrived at my own beloved village Kampung Bongek(my father side) thanks to my maklong nurul because fetched me at home, actually we're planned to watch movie but the movie are too late to watch then we're heading to A&W,yeahh makan :) I do love eat. Sleepover at rumah wan induk(wan dennya adek)

25.06.2011 - Woke up a bit late around 8,at 9 am there's a programmed about menyempurnakan solat under my paksu programmed,so I'm in.Alhamdulillah,the programmed run smoothly, there's part of laughing.HAHA ustaz tuh sangat kelakar. InsyaAllah I'll practising the things in my solat that I've learned on that day. The programmed finished at 12pm, me having nasi arab at lunch time.

nasi arab n maklong nurul

Then,after zuhur.We're going to the market bought the things that needed for the night event.HAHA,part malam nih memang aku suka.Sebabnya makan-makan. Malam tuh ada ceramah israk mikraj. Aku tak participated pun sebab menolong maklong nurul masak nasi goreng cina 10kg @-@ salah satu menu malam nanti.

masak memasak

For sure everybody gained weight after eating those foods. 
  • Nasi goreng cina
  • Sate,nasi impit
  • Kambing grilled
  • Roti canai
  • Char keuw teau
  • koktail
  • Mushroom soup
  • Cendol
  • Fruits(tembikai,anggur)
  • Salad

Oh my eyes keep drooling seeing all the foods.Aku leka dengan makanan sampai tak sempat nak snapped gambar makanan semua. After dah isi perut mulalah snapped photos.


So,tahun ni family day kembali buat di kampung semula setelah 2 tahun berturut-turut buat dekat ancasa resort,port dickson.

26.06.2011 - Hari yang paling penting buat ahli-ahli KOHIEB(koperasi pakatan keluarga haji ibrahim dan hajah esah rembau berhad) iaitu mesyuarat agung tahunan ke-13. HAHA,first time kot masuk dan dengar mesyuarat dijalankan. Walaupun asyik bergelak ketawa namun aku faham segala projek yang dibentangkan pasal keuntungan yang dapat semualah. Alhamdulillah our business run smoothly. New project kelapa sawit 4hektar,sudah setahun berjalan.Alhamdulillah Ya Allah.

Dan habis mesyuarat bolehlah ambek share masing-masing eh,part yang aku suka jugak dapat duet :p HAHA,again makanmakanmakan.


p/s : cayalah Bongekcrew's.

Till Then.
Thank You for Reading and Liking =)

Friday, June 24, 2011

I Heart My Rummate.

Assalamualaikum

Sedang aku menikmati Air Batu Campur ABC tetiba rindu pulak dekat rummate aku sorang nih :p Hang tengah watpa teh,hihi ? Yup,she's kedahan sampai aku pun kadang-kadang cakap kedah. Nama manja Teh,teh lipton memang boleh :p

What I'm going to said is that I like you being my rummate,kawanrapat,teman seperjuangan,kawan sepermainan,HAHA tapi bukan lesbo :p








Oh she's a blogger too jom terjah Amoi Chantek

Till Then.
Thank You for Reading and Liking =)

Thursday, June 23, 2011

The Journey.

Assalamualaikum GF and BF
Hari ni tetiba nak cerita pasal hostel,kihkihkih rindu agaknya :p

ANJUNG PUTERI aka Ap

As a new student yang tak tahu apa-apa you got nothings, so yeah yeah happy dapat masuk University Malaya Medical Centre, damn-it =,= Dorang suruh buat itu ikut buat ni ikut,aisehhmaannnn freshie la katakan. Nahhh,as orientation week started baru kau tahu,serve your right ! At the beginning the rules and regulations tak dalah ketat sangat pun,curfew pukul 10.30. Tak berani nak keluar malam,takut balik lambat. Kalau nak keluar jugak,tuh pagi-pagi dah bangun. Tapi pernah sekali je aku langgar gara-gara pergi genting dengan bongekcrew's HAHA esoknya tuh dapat surat =,=


Anjung Puteri adalah tempat untuk junior-junior yang baru masuk, ada jugak senior aku pun tak tahulah macam mana dorang boleh dapat duduk kat Ap. Memang standard satu bilik 2 orang duduk. Katil single dan siap ada beranda sekali,kalau tension-tension duduk lepak kat beranda. Bilik air dekat luar,kalau malam-malam memang  takut lah nak pergi.Then,kena set pukul berapa nak pergi mandi yelah kongsi ramai-ramai leceh kot. Perkhidmatan lift memang disediakan, tak payahlah nak naik tangga sangat sampai tingkat 4, guna lift sahaja. Kalau nak tengok tv silalah ke bilik tv dibawah siap ada air-cond sekali. Dan time tuh tengah hangat cerita Nur Kasih,memang setiap hari jumaat malam aku turun awal kot nak cop tempat. Kejiranan dengan penghuni tingkat 4 sangat kukuh sekali ye,makan bersama-sama time weekend. Masak tomyam bersama-sama urmmmm sedapnyaa kalau ingat balik.

Time nih aku skema lagi tak bawak barang terlarang macam rice cooker,kihkih. Peti sejuk pun disediakan tapi sudah kena rampas semuanya,hmmm.Kalau time exam,sampai pukul 2 3 pagi study sama-sama sampai aku pun tertidur bilik dorang. Setelah tamat tahun pertama sem 1 dan sem 2 memang adat kena tukar bilik dan wajib kosong kan bilik untuk bagi junior baru duduk pulak.Store-store dibuka untuk simpan barang. Tapi aku tak simpan barang-barang aku dekat store sebab takut hilang, aku angkut semua bawak balik =,=

beranda dapat tengok twins tower tutup lampu
kawasan ap,tapi sekarang gate tuh dah tutup 24jam,bilik pak guard tuh yang cermin tuh dah kosong sebab dah tukar tempat.


BLOK EN

EN asrama yang paling lama dah kelihatan agak buruk ye jugak menyeramkan =,= tak ada lift setiap hari tercungap-cungap naik sampai tingkat atas sekali. Katil double-decker tapi yang bestnya ada bilik air,tak payah nak takut-takut dah. Walaupun terpaksa berkongsi dengan jiran sebelah akak senior course lain. Kadang-kadang agak geram jugak bila jiran sebelah mandi sampai 2 jam =,= sampai terlelap tunggu. Nak buat macam mana dah hidup berkongsi kena sabar.HAHA. Kalau malas nak turun bawah pergi basuh baju, basuh dalam bilik air pun boleh.

Kadang-kadang bekalan air tak sampai kalau guna pada waktu kemuncak macam kalau tengah minggu kuliah pukul 7 macam tuh mesti air tak keluar =,= so kena pandai-pandai lah adjust bangun pukul berapa. Kalau tengah bohsan-bohsan study boleh lah usha kacau doktor-doktor yang parked kereta tapi rummate aku yang selalu buat,HAHA. Dan sekarang sudah tamat tahun 2 sem 3 dan sem 4 macam biasa kena kosongkan bilik,tapi kali nih aku berani mati simpan barang aku dekat store tak adalah banyak just satu kotak dengan beg satu,tapi memang penat lah nak angkut barang sampai dekat store kat ap =,=

Bila dah lama duduk dekat EN macam best pulak, tapi peraturan dah semakin ketat kena hantar buku kuning pulak bila nak keluar macam budak sekolah asrama =,= Lagi sekali dapat surat sebab tak tutup kipas,HAHA. Time nih dah tak skema dah,nak jimat punya pasal so bawak rice cooker nasib baik tak pernah kantoi walaupun bilik asyik kena attack je. Pandai cover pandai cover :p
Tahun 3,tak tahulah tercampak dekat mana. Tengoklah nanti,tapi nak sangat blok EN sebab ada bilik air dalam bilik :)

Keadaan bilik time awal-awal dulu masuk.


Pada hari yang sama kemaskemas still bersepah lagi,awal lagi relax dulu,heh.


Bila dah lama duduk,bersama-sama dengan amoi chantek aka my rummate share duit beli itu beli ini hanya kerana bilik.

yeahh tiraiiii,oh bilik air belah kiri


p/s : secret garden epi.6 jom >.<

Till Then.
Thank You for Reading and Liking =)

Tuesday, June 21, 2011

PNG vs PNGK.

Assalamualaikum semua semua

I'm having my semester break nicely by watching the korean drama, omo handsome arghhh smartnyaaa aduhhhh nak pakwehusband macam Kim Jae Wook. HAHA,apparently my legs is not in normal condition yet still lagi sakit akibat mendaki gunung hari tuh =,=

Well,kalau cuti memang akan bangun lambat lah kan sebab melayan drama korea sampai 3 4 pagi then rummate aku called weh bangun result dah keluar dah kat portal HAHA,thanks rummate. So the result for the semester 4 are already come out yesterday. It's beyond my expectation,seriously. Praise Be To Allah, it's worth for me because I am struggling to the fullest. Memandangkan aku gementar OSCE, bila shift petang aku bersekang mata untuk bangun awal nak pergi praktik seawal 8pagi sebab masa tuh tak ramai orang lagi dan sangat tenang untuk praktik.

From the first semester I'm waiting  to be listed as one of the Dean List and yet semester 4 my dream has come true, Alhamdulillah. It's not easy as abc to be listed as a Dean List because you must get your pointer 3.7 and above. The standard for University Malaya Medical Centre. Waaa,rummate den pun dekan 4 flat lagi.

p/s : click for enlargement.

Dulu aku confused antara PNGK dengan PNG, sekarang aku dah faham. PNG adalah untuk pointer pada semester tersebut dan PNGK adalah keseluruhan untuk setiap semester. So, aku nak kumpul PNGK aku sampai mencecah 3.7 dengan mengimprovedkan aku punya PNG untuk lagi 2 semestar nih. Come on, aja-aja. Omo, next semester I'm totally SUPERDUPERSENIOR.

dewan kuliah kami

I'm so proud to be one of the KD26 batch. Walaupun kami keras kepala,suka buat bising,nakal,suka tidur dalam kuliah,suka memberontak apa yang puan cakap,selalu buat hal dan macam-macam lagi tapi yang penting kami bukan kaki bodek opppppsssss terlebih sudah. Chill chill. Nahhh,hambek kaw 42 orang senarai dekan.

OSCE the scariest exam for me coz ada 5 stations but it depends on the tutors nak buat berapa station
 dan setiap station ada procedure yang ko kena buat dalam masa 5 minit sahaja,aigoooo mengigil
see we love to play inside the dewan kuliah

Nak tahu rahsia kejayaan? 

yang inilah dia makanan yang aku makan hampir tiap-tiap malam masa revision week,sampai duet pun kering =,=
yoshhh, planning for my future c:

p/s : jom sambung layan korea :p

Till Then.
Thank You for Reading and Liking =)

Monday, June 20, 2011

Youtuber.

Assalamualaikum

Sapa yang tak kenal AnwarHadi takpun Matluthfi apa kurangnya Aimanazlan kan,fuhhh dorang nih sangatsangat lah berbakat kot semuanya further their study dekat overthesea. Ok ok ok,gua bukannya nak cerita pasal dorang nih, tapi saja nak cakap yang gua pun dah ada youtube channel sendiri,kihkihkih.

Apa? aku bukannya nak buat seperti dorang lah HAHA,sememangnya aku tarak bakat. Sememangnya dah lama aku buat account youtube nih sebabsebabsebab nanti senang aku nak layan video clip koreajepun kan hanya tekan favourites terus ada dekat channel aku,easy isn't it?

Sekarang nih aku memang cintamati sama Big Bang >.< so,memanjang penuh dengan Big Bang jelah channel aku. Setiap kali online tengok sampai 48jam. Oh,nak jumpa dorangg !

TOP sangat macho >.<

Till Then.
Thank You for Reading and Liking =)

Lets Get More Healthy.

Assalamualaikum korang, tak jawab dosa


Ini lah dia,kami berempat sudah planned untuk mendaki sampai ke puncak Gunung Dato. Tak jauh pun dari kampung aku hanya 10 minit je dengan menaiki kereta. Lepas solat subuh aku tidur balik,hihi then breakfast Maklong Nurul and Man beli roti canai then makan roti canai sambil layan program korea Heroes sambil gelak-gelak. Oh aku tidur rumah wan induk aku bukan rumah wan aku yelah sampai pun dalam pukul berapa an so rumah wan induk kami landing.

Dalam kol 9 lebih gerak,sampai-sampai je kena parked kereta kat bawah terpaksa lah kami menapak sampai ke atas sebab kat atas dorang tengah bersih-bersih under nestle program.Oh sangat ramai hari tuh yang mendaki budak sekolah and budak uni. HAHA,siap ada reporter sebab KJ  pun ada. Tetibe aku boleh cakap eh Khalid Jamlus,alaa asalkan KJ jugak depan dia.Gomenasai.

menapak dengan penuh semangat
KJ kuar surat khabar ok, membersihkan gunung dato

Aku tak tahu pulak nak daki pun kena bayar RM5/head. Pukul 10.15 kami memulakan perjalanan. Oh,tercungap-cungap nak panjat. Makin lama makin meninggi, HAHA baru 10minit jalan rehat sampai 15minit. Tangkap-tangkap gambar. Nampak orang tanya lama lagi tak bro? jawapannya semua sama lagi 30minit,selamat berjaya. Aah yelah lagi 30minit.


Yaa Alhamdulillah pukul 1.00 kami berjaya sampai ke puncaknyaaa. Nak nampak lagi menarik pemandangan perlulah mendaki batu-batu besar,ok aku gayat =,=

SubhanaAllah,sangat indah. Berbaloi panjat batu besar

NAK LAGI LAGI BEST, kena panjat lagi batu diatasnya. Tapi cukuplah bagi aku untuk takat ini sahaja,sebab tengok budak uni yang lain turun sangat menyeramkan =,=

Yaa kak yam sangat berani
sementara dorang di atas, aku and maklong nurul dibawah

Pukul 2 lebih bergerak turun, yaaa sangat gayat masa nak turun tangga =,= Allah jelah yang tahu macam mana. Sampai dibawah pukul 3.50 so rushing balik sebab tak solat zuhur lagi, Alhamdulillah sempat. Sampai mengigil seluruh kaki aku,gagah gagah.

bongekcrew's : man,aku,maklongnurul,kakyam

p/s : ok,result dah kua. Praise Be To Allah c:

Till Then.
Thank You for Reading and Liking =)