Assalamualaikum
Beberapa hari ini, dah banyak kali dah perasan yang iklan untuk hari raya lagi meriah berbanding iklan untuk Ramadhan (Yusuf Taiyoob dan Ho Ho Horlick yang aku perasan lah kan iklan untuk Ramadhan). Promosi itu promosi ini, come on janganlah macam nih. Ramadhan yang mesti kita raikan. Hmm, ok ok bersangka baik bersangka baik mungkin promosi suruh beli baju baru untuk menyambut Ramadhan kan tersilap letak 'promosi hari raya' patutnya 'promosi menyambut Ramadhan'
Bercakap pasal Ramadhan yang bakal menjelma dalam seminggu lebih je lagi, so apa persediaan kita? Hmm I means what's my preparation for this month ? Sungguh terharu bila dengar ramai yang berazam nak khatam Quran, nak sedekah, nak tutup aurat dengan sempurna Oh My Allah, don't you think this is osemm *wink
Yes I am, begitu jugaklah aku sama seperti kalian ingin mengumpul sebanyak pahala yang mungkin Allah kan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang >.<
Ya Allah acane tuh nak buat itu semua??? Memandangkan aku sekarang sudah bekerja sementara waktu dekat kedai depan rumah aku je,bekerja dari 10-6. Alhamdulillah my bos she is a mukminah and i do love work with her. Selalu tanya ' Kakak dah solat dah ?' :) macam mak aku pulak kan. Jadi memang senang, Alhamdulillah masuk waktu solat aku terus solat yela nak praktiskan 'solat tepat pada waktunya' sebelum melakukan penghijrahan memang aku selalu solat lewat waktu, Astagfirullah. Alhamdulillah masih lagi praktis dan praktis. Iman kita ni kadang-kadang naik kadang-kadang mendatar dan yang lebih teruk lagi terus jatuh menjunam macam papan luncur. Hushh Ya Allah janganlah sampai macam tu kan, Allah suka ibadah hambanya walaupun sedikit tetapi Istiqamah dalam melakukannya. SubhanAllah <3
Bab nak ngaji tuh kena cari jalan macam mana nak ngaji lepas solat zuhur dan solat asar ?? InshaAllah Allah will help me. Dari sumber yang dipercayai nak khatam Quran lepas solat je kena ngaji 4 muka surat, kalau nak 2 kali khatam, sebelum dan selepas solat kena ngaji 4 + 4 = 8 Nak sedekah macam mana pulak ye? InshaAllah setiap hari jumaat aku akan cuba kasi wang sekian-sekian kepada adek-adek lelakiku tercinta untuk masuk ke dalam tabung masjid :) dorangkan pergi solat jumaat tak gitu.
Menutup aurat dengan sempurna ? Bila nak difikirkan balik dulu-dulu kala Ya Allah begitu tidak sempurnanya aku dalam menutup auratku, Alhamdulillah baca buku itu baca buku ini InshaAllah aku akan cuba menyempurnakannya.
Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 31 :
'...Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) , kecuali kepada suami mereka...'
*p/s : nak lebih lengkap sila buka tafsir anda yang comel lagi pink hebat itu *wink
Ohmakaiii dah lama tak menulis panjang botoi den tulis haa, jom dengar lagu dari Opick nih :)
2 comments:
akak..hehe..knl kte x?? bdk kd27..dun follow cni..
hmmm.adek kenal akk ke?hihi.
Post a Comment