Assalamualaikum
Ok, hari ini aku shift petang. Terlambat bangun untuk pergi praktik sampai kawan ketuk pintu bilik dan aku still lagi dalam bilik air -,- gomenasai. disebabkan minggu klinikal posting untuk semester ni bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi dan final exam is just around the corner baru aku kelam-kabut nak praktik.
Bukan nak cakap pasal praktik ke apa. muezza ? adalah nama kucing kesayangan Nabi Muhammad s.a.w sedapkan nama tuh. Kenapa tetiba nak cerita pasal kucing ni mana taknya dekat facebook tengok gambar kucing kena pijak lah kena bakar lah. Ya Allah, kucing tuhkan ciptaan Allah. Jadilah macam Baginda yang sangat menyayangi kucing nya.
Suatu ketika dahulu ketika kami sekeluarga menetap di Sarawak Bumi Kenyalang, kami ada pelihara kucing jugak :) Dulu cerita finding nemo sangat famous sampai boleh tengok banyak-banyak kali dan terus bagi kucing kami nama nemo jugak. Sangat comel, aktif, ekor bengkuk ke dalam dan warna oren putih.
Teringat kembali kecomelan nemo berlari-lari, main-main, dan part paling syokk time bila nak panggil nemo yang sedang jauh bermain di kawasan rumah just goncangkan whiskes/friekis (betul ke eja) mula lah dia lari dengan pantas kilatnya, sebab dia memang sentiasa lapar. Rinduunyaa dekat nemo, tetiba -,-
Salah satu kaedah untuk mencantikkan kukunya adalah dengan mengguris-guris kukunya di kerusi rotan mak, habis jadi buruk kerusi yang ada dalam rumah.HAHA. Dan sangat kesian bila nemo kena mandi oleh adek aku terdengar dia meow meow meow dari luar. Takut air rupanya. Habis misai kena trimmed dengan adek aku sampai pendek.HAHA. Macho lah kononnya.
my youngest brother with the style of naruto (adek yang selalu mandi n trimmed kan bulu nemo)
p/s : sekarang dah tinggi dari aku dah :p
Pindah rumah pun bawa dia sekali, oh dekat sarawak banyak kali jugak pindah rumah. Last rumah duduk, nemo dah jadi seekor kucing yang sangat GAH ! Sampai suatu hari tuh, kerana nak selamatkan kucing yang sedang lawan-lawan suara dengan nemo, memang nampak kucing tuh dalam ketakutan sebab bulu nemo memang tegak macam gangster, goncang whiskes nemo hilang tumpuan dan kucing tuh terus pecut lari dan nemo berlari dekat aku dan aku sambil belai cakap 'garangnyaaa nemo' (can felt the fur of nemo)
Disebabkan nak pindah balik semenanjung kena naik flight, maka nemo diambil alih tuan baru, kami bagi nemo dekat jiran sebelah rumah kami non-muslim mintak dia jaga nemo :( now, we don't the condition of nemo is he alright or not, still alive ? Hopefully he in good condition, a healthy grown cat :) Sekarang tak bela kucing just, mak akan bagi makan kucing-kucing liar makan di belakang rumah :) tulang-tulang ayam, nasi.
p/s : kucing pun ada perasaan.
Salam.
Thank You for Reading and Liking =)
No comments:
Post a Comment